10 TIPS JADI YOUTUBER


Menjadi seorang youtuber bukanlah begitu susah dan bukanlah begitu mudah. Kegigihan mencari idea kreatif untuk menghiburkan penonton antara element penting dalam menjadi seorang youtuber yang sukses. Segelintir youtuber menggunakan beberapa kaedah yang mungkin sedikit sebanyak mampu menaikkan ranking video anda di youtube. Jadi disini saya akan kongsikan beberapa tips dan trik yang digunakan oleh youtuber untuk menaikan views di youtube.

7. Tajuk Yang Gempak Dan Ringkas

Tidak dapat dinafikan yang tajuk memainkan peranan penting kerana youtube bukan sahaja sebagai platform malah ia juga adalah salah satu enjin pencarian sama seperti google. Jadi menggunakan tajuk yang seperti " cara membuat kek lapis yang sedap seperti di kedai" akan menjadi mudah jika dimudahkan seperti " cara membuat kek lapis sedap". Element itu sangat penting dalam mempengaruhi viewers terutamanya yang membuat video tentang Tutourial dan sebagainya.



6. TAGS
Tags boleh dijumpai ketika kita hendak mengupload video ke youtube. Tags mampu menaikkan views di youtube kerana ia banyak digunakan untuk pengguna memudahkan pencarian video kegemaran mereka di youtube. Youtube mula memperkenalkan Tags pada tahun 2010 dan digunakan meluas sehingga kini


5. Durasi Video Panjang
Jika kita lihat dan bandingkan video di youtube 2010 dan 2020 sangat berbeza kerana durasi yang makin panjang. Bahkan ada yang membuat video berdurasi sehingga 1 ke 2 jam video durasi. Hal ini kerana sejak 2015 youtube telah melasanakan polisi baru dimana video youtube yang durasinya lebih panjang akan dinaikan rangking nya di bahagian suggested. Ini menyebabkan video anda akan dapat di monitasikan oleh youtube dan anda akan hasil dari youtube melalui views atau tontonan anda. Dari sini kita boleh lihat bagaimana video yang berdurasi panjang mampu mendominasi di youtube


4. Gambar Thumbnails
Seperti yang kita tahu youtube bukan sahaja medium hiburan atau platform untuk tetapi ia lebih daripada itu. Youtube juga merupakan mesin pencari jawapan ataupun search engine. Oleh itu pentingnya thumbnail adalah kerana ia mampu menarik minat penonton mengatahui lebih mendalam tentang konten video tersebut. Dan telah terbukti kajian yang dilakukan oleh youtube sendiri menyatakan bahawa penonton akan mudah mencari maklumat dengan hanya melihat thumbnail sahaja. Thumbnail memain peranan untuk mempengaruhi jumlah click per view dan ia sekaligus akan meningkat jumlah views pada video tersebut.


3. Content
Sudah menjadi mana-mana kewajiban youtuber untuk meletakkan konten mereka di tahap yang terbaik berbanding yang lain. Hal ini pernah diberitahu youtuber terkenal antaranya seperti Pewdiepie, Casey Neistat dan Jenna Marbles. Content yang baik akan meningkatkan produktiviti video dan sekaligus jumlah subscriber juga akan meningkat. Youtube merupakan pentas menyerlahkan kreativiti. Video yang dapat menghiburkan dan memberi maklumat dalam bentuk yang paling kreatif mampu menawan hati viewers di youtube. 


2. Contest dan hadiah
Kebanyakan Youtuber masa kini menjana pendapatan melalui video mereka di youtube. Oleh tidak hairanlah, sebagai tanda penghargaan dengan viewer dan subscriber mereka, hadiah dan contest akan dianjurkan oleh youtuber. Dengan cara ini bukan sahaja dapat menghargai sokongan yang diberi oleh viewers mereka malah ia juga dapat meningkatkan lagi jumlah subscriber di channel mereka.




1. Ihklas
Keihklasan video anda merupakan kunci kejayaan seseorang youtuber berjaya. Video anda bukan sahaja mencerminkan diri anda sendiri malah ia juga menjadi contoh dan inspirasi kepada orang lain. Jadi keihklasan kita dalam menyampaikan content yang terbaik kita dalam video ini sangatlah penting kepada penonton yang akan mempengaruhi masyarakat sekelilingnya.


Demekianlah tadi bagaimana kita boleh tingkat views di youtube dan tips untuk menjadi youtuber yang sukses. Harap dengan anda akan terus berusaha membuat konten yang kreatif dan menjadi salah satu pencetus idea kreatif dalam masyarakat kita.

Comments

Popular posts from this blog

MANFAAT SAYUR SAYURAN DI RUMAH

NEGARA INI MEMILIKI SENJATA NUKLEAR TERBANYAK DI DUNIA!!

Pekerjaan Paling Pelik Di Dunia